Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami titipkan Puan Zainon Bt Abu Zahid atas keikhlasan hati menginfaqkan Buku Hadith 40 kepada -+100 para Muslimah dalam kelas Dhuha. Sumbangan ini bukan sekadar helaian ilmu, tetapi merupakan saham akhirat yang berterusan, menyinari hati-hati dengan cahaya sunnah dan kefahaman agama.
Semoga setiap huruf yang dibaca, difahami dan diamalkan menjadi asbab pahala yang mengalir tanpa henti buat Puan Zainon.
Mudah-mudahan Allah melipatgandakan ganjaran, memberkati rezeki dan mengurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat. Inshaallah...Ameen.
#muslimahMiR
#excomuslimahMiR
#qariahtanggabatu
#kelasilmu
#kelasdhuha
#khatamalquranbulanan
#kitasalingmendoakan