• Main
  • News

W A K T U D O A

W A K T U D O A

W A K T U D O A M U S T A J A B
H A R I A R A F A H

Bermula masuk waktu Zohor hingga waktu Maghrib pada Hari Arafah

Waktu Wukuf di Arab Saudi
9 Zulhijjah - Selasa-26 Mei 2026
Zohor ????????12:17 tengahari
Maghrib ???????? 6:56 malam

Waktu Malaysia
8 Zulhijjah - Selasa-26 Mei 2026
Waktu ???????? 5:17 petang
Waktu ???????? 11:56 tengah malam

Doa yang terbaik pada Hari Arafah
Kredit kepada JAKIM

1. Ya Allah, kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah, masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami

3. Ya Allah, kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah ‎ﷺ

4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah ‎ﷺ, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus

5. Ya Allah, selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku

8. Ya Allah, terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan catatan amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah, kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu

12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu

13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku untukMu dan NabiMu ‎ﷺ

14. Ya Allah, ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan RezekiMu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredaanmu

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat

17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku

18. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah

25. Ya Allah, tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu

28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka

29. Ya Allah, ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik

31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk Tahajjud dan solat subuh setiap hari

امين اللهم امين

Semoga bermanfaat dan selamat beramal

Terima kasih